Pusaka Praja

watch_later
comment 6 Comments

Alhamdulillah,
Ini merupakan lagu pertama yang ditulis sendiri oleh saya dan dengan sedikit gubahan muzik oleh Afi Hazim.
Lagu ini telah berjaya menjadi juara bagi sebuah pertandingan puisilagu yang bertemakan seni dan warisan.
Walaupun cuma perlawanan antara rumah , namun kepuasan dapat dirasai kerana telah berjaya menjadi johan.
Terima kasih kepada sekalian ahli rumah PUJANGGA kerana telah menjayakan program ini bersama!!!



PUSAKA PRAJA

Kertas lirik ghazal lusuh
jemari zapin tidak utuh
tiang budaya tiada kukuh
praja Johor mula runtuh
akhirnya tersusun silang kata
warisan dah dilupa

Terbawa bayu atas angin 
sudah mengikut lenggok lain
meratap semula tiada guna
pusaka kita telah hilang
terbang melayang terawang
tiada timbul hanya tenggelam

 Musnah ilham ketimuran
pengabadian kemelayuan
nusantaraku dilenyapkan
mana warisan 
mana pegangan
mana hilang 
entah kemana
mana warisan 
mana pegangan
mana hilang 
entah kemana....


Lirik/Muzik asal/Vokalis: Amir Khalis
Komposer/Piano: Afi Hazim
Vokalis: Izz Hani
Penyajak: Adibah Yasmin
Gitaris: Ainuddin
Drummer: Haziq Taqiu








avatar
Anonymous

mana lagu nya??haha

-peminat setia pujangga-

delete 30 May 2012 at 00:21
avatar

cuba la post lagu, nk dgr

delete 30 May 2012 at 02:17
avatar

cehh mana lagu yang kita buatt!!

delete 30 May 2012 at 12:39
avatar
Amir Khalis person

maaf, tiada dalam direktori...

delete 30 May 2012 at 13:27
avatar
Amir Khalis person

hurmmm insyaallah kalau ada..

delete 30 May 2012 at 13:28
avatar
Amir Khalis person

luput dari ingatan jadi kau tolong ingatkan

delete 30 May 2012 at 13:28



sentiment_satisfied Emoticon