Tenaga pemuda dan dara
habis dicabul juga diperkosa
fasiliti dan kemudahan
satu per satu dimusnahkan
ramai sungguh sahabat bersekutu
jadi pengikut tiap waktu
jatuhmu pasti akan dibantu
bangun kami jatuh kembali
fakta diputarbelit manipulasi
melalui akhbar dan tv
punyai episod bersiri
***
Kami tiada kehebatan
hanya harap keimanan
jajahanmu takkan kukuh
taklukanmu takkan menyeluruh
jangan marah jangan bengang
kami tetap akan menang
bermula susah berakhir senang
mata berjaga hati berhati-hati
penuh jemawa tambah hasad dengki
berpeluh-peluh kerna bergaduh
moga kotamu akan runtuh
yang dinanti takkan muncul
perkara itu benar juga betul
***
Sudahlah derhaka sorok kebenaran
pengaruh insan pakai hasutan
mahu cari anak-anak buah
moga cepat sembuh lepas parah
balasan siksa akan tiba
tunggu masa bakar semua
andai hancur tumbuh semula
sakitnya ia tak terkata
kami kalah hari ini
kami menang esok hari
┈┈┈┈┈┈╱▔▔▔╲┈┈┈┈┈
┈┈┈┈┈╭▏▊▕▊▕╮┈┈┈┈
┈┈┈┈┈╰▏╭━╮▕╯┈┈┈┈
┈┈┈┈┈┈╲▂▂▂╱┈┈┈┈┈
┈┈┈┈┈┈╱▔▔▔╲┈┈┈┈┈
┈┈┈┈┈╭▏▊▕▊▕╮┈┈┈┈
┈┈┈┈┈╰▏╭━╮▕╯┈┈┈┈
┈┈┈┈┈┈╲▂▂▂╱┈┈┈┈┈
~masih menunggu kemenangan~