---
Assalammualaikum dan hai!
Aku ingat lagi. Zaman MySpace dulu. Kawan-kawan aku semua pakat buat blog. Zaman sekolah kan, so semua orang tengah cintan cintun cinta monyet time tu. Tapi aku lain. Aku buat blog sebab dulu aku sangat minat untuk tulis sajak, puisi dan lirik. Setiap kali buku aku penuh, aku akan buang buku tu dalam tong sampah. Jadi blog ni aku jadikan sebagai buku atas talian supaya tak hilang dan dalam pada masa yang sama nak orang baca apa aku tulis tapi pembaca tu bukanlah kawan-kawan sekeliling aku. Ye lah siapa je tak takut kena bahan hahaha.
Okay.
Rasa macam merapu pula teringat kisah lama mula-mula blog ni wujud.
Baiklah, secara jujurnya walaupun aku bermula tulis blog sejak tahun 2011, kira-kira 7 tahun juga tuuu, aku masih tak fasih dan hadam lagi pun pasal SEO, tips-tips optimasi blog, buat duit melalui blog dan lain-lain. Padan muka sendiri siapa suruh tak aktif huhu.
Walau bagaimanapun, aku ada sikit tips untuk korang yang nak belajar buat blog.
1. Pilih platform
Haha. Bunyi simple tapi platform atau medium blog ni agak penting. Banyak platform blog yang korang boleh pilih dan yang agak terkenal untuk digunakan sudah semestinya Wordpress dan Blogger. Dari sisi kornea pandangan mata aku, di Malaysia platform terbaik untuk menulis blog adalah Blogger sebab.... untuk mereka yang baru nak belajar buat blog amat sesuai dan ramai komuniti dan aku yakin untuk 50 tahun lagi blogger takkan mati! Yeahhh.
2. Tulis apa yang korang minat
Macam yang aku cerita kat atas tadi. Aku mula buat blog sebab nak tulis sajak. Lama kelamaan aku jadi agak taksub dengan statistik pengunjung blog dengan 'kopi dan pasta' tulisan orang lain. Haipp sekurangnya aku letak kredit tau. Okay. Tulis apa yang korang minat. Itu paling penting. Kalau takde idea sangat tulis je apa-apa yang korang lalui sepanjang haritu. Jangan lupa untuk labelkan setiap penulisan korang. Contohnya, kalau korang tulis pasal 'Cara Bercinta Yang Betul' labelkanlah cinta, tulis pasal 'TMJ Harus Pegang FAM' labelkanlah sukan, 'Nama Ayah Ultraman' labelkanlah superhero dan sebagainya. Kenapa? Supaya senang orang yang baca blog korang jumpa artikel yang sama dalam satu label.
3. Hias blog macam hias bilik
Yup! Kerana design mendesign blog buatkan aku berjam-jam menghadap laptop. Korang boleh mulakan dulu gunakan template yang dah disediakan dan susun atur layout. Kemudian, bacalah mana-mana entri pasal tutorial menghias blog. Jangan risau, banyak dalam Bahasa Melayu k so its easy nak belajar hias blog. Macam yang korang boleh tengok blog aku yang tak seberapa ni, aku cari template Material Design dan ada buat beberapa perubahan. Aku bukanlah budak it, tapi kerana tutorial lah aku mulai faham html dan css. Tak banyak, belajar buat sikit pun jadilah. Hehe.
4. Buat kawan dengan blogger lain
Takkanlah korang buat dan korang baca blog korang sendiri. Bosan beb. Anggap komuniti blog ni satu masyarakat antara member dengan member. Rajin-rajinkanlah tangan lepak dan jajah blog orang lain. Lagi molek tinggalkan sedikit komen. Alah macam korang guna Fesbuk juga. Mesti korang akan komen kat mana-mana post orang supaya biar diorang tahu korang tu wujud. Komuniti blogger juga kadang-kadang akan buat giveaway atau contest. Kalau dah member-member satu komuniti mesti korang support kan? Contohnya korang boleh join contest yang power ni:
- calrasepatrick.blogspot.com
- nonasani.blogspot.my
- missobsesi.blogspot.my
- sayidahnapisah.com
- mommyfiqa.com
- bloggerlelaki.com
- ciklapunyabelog.blogspot.my
- dianarashid.com
- susahsenangblogger.com
- at-tarmizi.blogspot.my
- myideakini.com
- amirkhalis.blogspot.my (eeh macam kenal je)
- sayabukancikgu.com
- messarah.blogspot.my
- jangan-bukak.blogspot.my
- fadzirazak.com
- heroborneo.com
- nikkhazami.com
- misztrex.blogspot.my
- ummizarra.com
- infopelajar2u.com
- sabreehussin.com
- topseofriendly.blogspot.my
- ummiseri.com
- saidila.com
- qiyasaad.com
- kataubaid.com
- belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
- iuzira.com
- hiburansabah.com
- heroborneo.com
- nasitambah.com
- aynorablogs.com
- ohtiptop.com
- jebengotai.com
- sensasi2020.com
- sayaazieera.blogspot.my
- jambubatublog.com
Semua orang tahu membaca tu amalan mulia dan eskelator kejayaan. Secara konseptual maksud yang aku nak terangkan ketika baru belajar nak buat blog ini ialah banyak-banyakkan cari post-post mengenai bagaimana untuk capai kejayaan bersama blog. Aku sendiri pun kurang arif bagaimana untuk terer menjadikan blog sendiri naik ke puncak menara enjin carian. Tapi kadang-kadang tu aku bacalah juga tips-tips yang power dari saudara Hasrul Hassan. Boleh check out blog dia untuk dapatkan nasihat yang berguna dalam blogging atau dapatkan terus ebook Panduan Ringkas Belajar Buat Blog oleh Muhamad Anuar Marsib kat bawah ni. Edisi percuma bro!
---