cara berfikir

Mari berfikir
Orang selalu kata.

Berfikir di luar kotak.

Ramai masih dalam kotak.

Tapi aku rasa.

Apa kata berfikir di tengahnya.

Jadi kotak.

Kau boleh nampak semua.

Luar nampak, dalam pun nampak.

---


Orang selalu kata.

Cari makna yang tersirat.

Ramai masih hadam tersurat.

Tapi aku rasa.

Apa kata leraikan semua makna.

Cari segala tersarat.

Kau boleh tahu.

Sarat makna tersurat dan tersirat.

---

Apa yang aku rasa.

Manusia ada dua jenis cara buat hipotesis.

Satu pakai otak.

Satu pakai emosi.

Wujud yang ketiga.

Tapi sikit.

Dua-dua otak dan emosi dia pakai.

Supaya sesuatu itu lebih rasional.

Diterima akal dan jiwa. 

Comments