Lagu di atas adalah hasil aku sendiri.
Ye!
Hasil tiada bakat dalam bermain piano dan membuat lagu.
Tapi nak cuba juga,
Sebab tu nama tajuk dia rosak susu sebelanga.
Aku ambil dari peribahasa "...kerana nila setitik rosak susu sebelanga".
---
Pernah tak anda terfikir macam mana orang dulu boleh dapat idea peribahasa tu.
Okay.
Bayangkan anda ada nila setitik.
Dan sebelanga susu.
Andai kata setitik nila itu jatuh ke dalam belanga yang dipenuhi susu.
Jika anda pantas boleh sahaja guna cawan atau sudu selamatkan susu yang lain.
Faham tak apa maksud yang aku nak sampaikan?
Maksudnya tak lah semua susu tu rosak.
Tapi mungkin ada betulnya.
Semua kerja nak ditangguh-tangguh dilambatkan.
Bila ada kesalahan tak nak dibetulkan.
Sehingga memakan diri sendiri.
---
Terima kasih kepada pendengar awal yang memberi komen lagu tersebut.
@amir_khalis kuat sangat pink floyd tu..
— yolk (@amirdanish1) November 3, 2015
@amir_khalis power experimental
— Tobu (@Kaberikram) November 3, 2015