luaskan kuasamu

watch_later
comment 2 Comments














Sumpah.

Cuak gila beb rasa nak tercabut jantung.

Aku perhatikan setiap pemain betul-betul berhati-hati.

Setiap gerakan dari serangan lawan dikawal baik.

Nasib baik pengadil sentiasa berkeputusan adil.

Nampak kekasaran dan offside, jika tidak bolos 3 gol.

Aku sebagai penonton melalui tv tak perasan sangat.

Ye lah kamera dia statik dan tak banyak.

Macamana boleh jadi tuan rumah?

---



Satu jaringan membawa satu sejarah dari seribu makna.

Tahniah Leandro Velázquez kerana berjaya melakukan jaringan.

Tahniah Safiq Rahim merangkul gelaran pemain paling bernilai dalam kempen Piala AFC 2015.

Tahniah kepada pemain, kejurulatihan mahupun pengurusan.

Teruskan berjuang dalam setiap perlawanan akan datang!

---



Tapi aku terfikir.

Ramai pemain dari pasukan ini juga merupakan pemain kebangsaan.

Kenapa mereka tidak bermain sebegitu rupa dalam pasukan negara?

Adakah ini salah pemain yang sering media katakan?

Ataupun pengurusan serta kejurulatihan yang perlu mainkan peranan besar.

JDT bermain hantaran pendek.

Malaysia bermain hantaran panjang.

TMJ hanya mengambil beberapa tahun untuk bangkitkan semula bola sepak Johor.

FAM dah berapa puluhan jutaan kabilion tahun?
avatar

Alhamdulillah tahniah JDT....yeyyy...

delete 2 November 2015 at 09:26



sentiment_satisfied Emoticon