Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Ini adalah muka kegelapan dan kepenatan setelah tamatnya MDS. Apa itu MDS? Minggu Destini Siswa atau boleh aku takrifkan sebagai satu minggu yang membuatkan sakit jasad, seksa rohani dan meletupkan neuron. Hahaha tiadalah sekejam itu cuma bagi wanita gedik mereka akan pengsan, nangis 7 hari 7 malam dan menyebabkan eye bag. Kejam? Tak lah... Aku chill sahaja.
Siapa kata kehidupan menuju menara gading susah asyik makan megi sahaja? Tak lah... Cuma kalau aku ada kertas biru cetak pemandangan bukit dan wau dalam 2 ke 3 keping dapatlah beli air mineral dan roti gardenia. Apa guna PTPTN? Gunanya ialah beli makanan atau minuman yang anda teringin dan nikmatinya dengan penuh perasaan. Contohnya macam gambar di atas. Kasi licin bro.
Kelas aku belum mula. Induksi pun belum. Tapi aku harap minda, hati dan jasad aku sudah mula. Siapa tak nak pakai selempang merah jambu diakhir nanti. Siapa tak nak lihat lelehan air mata kegembiraan ibu bapa. Siapa tak nak Astro atau Media Prima tawarkan kerja. Eh hehe. Doakan kejayaan aku di sini.
T_T bila boleh balik