Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Tatkala keseorangan dan menyanyi secara spontan tanpa lirik dan melodi.
Lirik ditulis selepas memainkan kembali rakaman.
---
Kadang ku termimpi kamu selalu
kadang ku terasa kau di situ
mungkinkah aku cuma berkhayal
mungkinkah kerna ku dah sesal
abaikan perasaan ini
abaikan segalanya.
Mahu ku tanya apa khabarmu
mahu ku selalu melihat kamu
namun apakah daya aku
siapa aku?
Aku bukanlah yang kau pilih
aku bukanlah yang kau mahu
aku bukanlah yang kau pilih
aku bukanlah yang kau mahu
siapa aku kepada dirimu
siapa aku kepada dirimu?
Mungkin juga aku hanya
bermimpi tuk seketika
mungkin juga aku hanya
bermimpi tuk perkara yang mampu membunuhku
membunuhku.
Mungkin kau tahu apa rasaku
rasa yang ada dalam jiwa
jiwa yang meronta kata apa
apa yang telah terjadi kepada diriku.
---
tiada kena mengena dengan diri ini hanya berdasarkan kisah di tv :P