Epilog Ringkas

watch_later
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

1 bulan

1 bulan

1 bulan 

lebih mungkin..


di asrama akhirnya pulang!

Alhamdulillah.

Sesuatu yang membanggakan untuk tahun ini ialah akhirnya saya berjaya untuk tidak tidur dalam mana-mana kelas P&P! 
Semoga dapat diteruskan lagi.

Sesuatu yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental ialah di mana pagi hingga malam ialah kelas tanpa henti tetapi perlu akur demi kejayaan masa hadapan! 
Semoga segala usaha diberkati dan membuahkan hasil.

Sesuatu yang membuatkan jantung berdegup kencang adalah apabila membawa sesuatu yang tidak boleh dibawa dan ada pemeriksaan secara tiba-tiba perlu tenang dan relaks! 
Semoga niat membatas halangan.

Sesuatu yang memerlukan kesabaran adalah apabila kehormatan dicabar oleh carutan oleh budak mentah semasa keadaan tertekan dan masih lagi boleh tersenyum! 
Semoga persembahan lebih profesional.

 Sesuatu yang lebih mencabar apabila sentiasa terfikir kemana hala tujuan dan apa yang diperlukan untuk mencapai hala tuju tersebut selepas ini! 
Semoga Allah memperkenankan doa.

Terima kasih hadir :)



sentiment_satisfied Emoticon