2013!

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)


✔Pakaian

✔Kasut

✔Alat tulis

✔Barang mandi

✔Cadar, selimut

✔Kerja sekolah, erk :P

Kepada diri sendiri dan kawan-kawan yang akan balik ke asrama esok sila periksa semula segala kelengkapan anda sebelum memulakan perjalanan ke asrama dan selepas ini kuranglah untuk saya 'merepek' di dalam blog ini :'( .

Berikut antara status rakyat Malaysia di Muka Buku:

‎2012!!
kehadiranmu amat dihargai..
menjadi pendorong kekuatan diri..
memberi agenda yang tersendiri..
aturannya yang amat menyenangkan hati..
namun..segala memori tidak akan dilupai..
kerana kehadiranmu memberi seribu erti..
menyatukan antara kami..
hanya TUHAN yang mengerti rasa hati..
terima kasih 2012...

---

Bagi saya azam tahun 2013 ini yang penting ialah saya akan menjadi:

✔ Anak yang soleh

✔ Pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang

✔ Dapat mengusai pelajaran dengan baik, semoga berjaya SPM :)

✔ Lebih beradab

✔ Dapat menunaikan Rukun Islam lagi-lagi kedua dengan baik

✔ Terbaik dalam kokurikulum yang diminati

✔ Senior yang baik dan mudah didekati

✔ Segalanya lebih baik!

Bagi saya sebenarnya semua azam-azam kita untuk setiap tahun yang baharu adalah demi kejayaan dalam kehidupan kita di masa hadapan.

Yang penting kita berseronok dengan apa yang kita lakukan dan yang penting tidaklah mengganggu orang lain dan tidak menjejaskan persekitaran baik masyarakat, agama, dan bumi.

Tanpa berleter panjang dengan ini saya mengucapkan:

SELAMAT TAHUN BARU 2013!
Semoga ada perubahan dalam diri kita.



sentiment_satisfied Emoticon