entriku yang celaru

watch_later
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Kalau dulu kepala atas blog ini begini


dan kemudian beberapa lagi perubahan dan untuk 2014 telah menjadi begini


Ouh ya! Kenapa simple? bukan double, triple, pimple mahupun nickel?
Hahaha entahlah yang pasti blog ni dah berubah sedikit namun masih ada beberapa perkara dikekalkan.

Tiba-tiba, terdetik dalam hati kenapa sibuk menyemakkan diri dalam dunia blogger.
Aku bukannya penulis yang mampu menulis novel, menyebarkan artikel yang terkini dan memberikan entri yang terhangat. Hurmmm, entahlah kenapa.

Seorang kawan aku merangkap vlogger Malaysia yang masih baru dan amatur sering bertanyakan kepada aku ada ke orang yang nak tengok? Hahaha persoalan tersebut sama sahaja dengan semua orang dan macam aku. Walau bagaimanapun, niat asal sebenar blog ini mula-mula hanya sekadar suka-suka melihatkan ramai kawan-kawan di asrama ada blog. Blog mereka sering menghidangkan kisah cinta monyet mereka. Oleh kerana aku ketiadaan awek (sehingga kini) pada masa tersebut aku pun tulislah sajak yang diberi tajuk Sajak Bila dan sekadar suka-suka. Kemudian, aku tanpa segan silu dalam beberapa entri seterusnya meletakkan video miming.


Dan oh ya! Sebenarnya aku upload segala bagai video, sajak, tulisan sebenarnya sebagai ruang penyimpanan aku kerana waktu itu pendrive aku tak cukup nak simpan semuanya jadi aku anggap blogger aku ketika itu sebagai diari @ pendrive @ hard disk @ luahan perasan dan sebagainya sehinggalah kini.

Eh eh eh... kenapa entri kali ini membahasakan diri aku? Biasanya saya.
Entahlah mungkin entri ini sekadar throwback sedikit asal aku dalam blogger dan sebagai monolog.
Aku pun tak tahu apa tajuk sebenar entri ini sebab tatkala aku menaip entri ini tiada ebarang fokus atau perkara asas yang ingin diceritakan.

----

Habis sekolah. Semua kawan-kawan aku dah ambil lesen, kerja, bercuti dalam dan luar negara dan aku masih di sini di dalam rumah kerana keterbatasan diri.

---

Dan satu lagi, oleh kerana aku bukanlah penulis yang baik dan hanya menulis ikut sesedap hati mengikut rasa dan takut dikecam oleh sesiapa yang sudi membaca jadi aku letakkan blog ini ':) merepek untuk hidup' supaya kembali ke tajuk asal hidup mestilah sentiasa chill, tenang dan teruskan perjalanan mengikut panduan asal. Panduan asal bagi aku bagi seorang manusia Islam yang menetap di Malaysia ialah Rukun Iman, Rukun Iman dan Rukun Negara. Mungkin rukun-rukun itu nampak asas tapi pastinya kita semua tiadak mampu untuk mengikutnya 100%.

Hahahah.... entah apa-apalah yang aku mengarut dalam entri ini. Mungkin sekadar mengasah jemari untuk menaip di atas mesin berskrin.


Benda atas ini dan segala perkara yang bersekutu dalam laman web tersebut menjadi peneman aku di kala bosan. Itu yang buat lagu entah apa-apa! Hahahaha.
Kalau anda nak main tekan sahaja piano di atas :)

---

Tiba-tiba, terfikir macam manalah SPM aku? Ke mana hala tuju aku selepas ini?
Ya Allah, kau berikanlah apa yang terbaik untuk hambamu ini!

---

Ini memang entri yang celaru



sentiment_satisfied Emoticon