Hanya Hambanya

watch_later



I

“Syukur”

 

Hari minggu; kalendar Hijrah ku perjadualkan dengan kerja manakala hari minggu pula kalendar kudaku untuk aku bersama yang sehaemoglobin-DNA-berketurunan atau sahabat handai, atau juga masa untuk merehatkan diri setelah 5 hari mencari rezeki.

 

Kendatipun, hujung minggu kali ini tentatifnya aku harus menghadiri latihan yang semakin mendekatkan aku kepada Sang Pencipta. 

 

Ya! Maha Esa. Ya! Maha Pengampun.


 

II

“Ikhlas”

 

Sekalung apresiasi buat Ayang dan Nda kerana memahat Khalis sebahagian dari abjad di sijil lahir turut sebati melekat naluri terzahir.

 

Sejak kecil pegangan aku teguh Hablum Minallah Hablum Minnannas; ayat ini aku merela mereka lontarkan dalam war cry kumpulan aku; Saidina Abu Bakar. Kalimat ini juga selari dengan apa yang para fasilitator ingin bawa sepanjang dua hari dalam modul pertama mereka.

 

“Bekerjalah kerana Allah untuk dapat kesenangan dan ketenangan” adalah antara kunci utama bait yang diberikan mereka. Aku suka; ayat itu seperti bius pelali yang menenangkan sambil minum susu-madu-sungai di syurga.

 

Tatkala mereka mendefinisikan “Takwa itu adalah berhati-hati agar tidak dimurkai Allah”, lantas aku persoal mengenai Takabbur. Mereka jelaskan ia merasa diri hebat dan istimewa, suka merendah dan meremeh orang dan tidak menerima kebenaran.

 

Aku dengan ikhlas dan tunduk merapatkan neuron dan jiwa ini serapatnya dengan dua kalimat itu bagi mencantikkan dan memfragmen semula kepada pegangan aku bagi hubungan pada tuhan dan manusia.

 

 

III

“Pendosa”

 

Aku adalah manusia jahil yang senantiasa mencari cahaya di dalam terangnya neon hutan batu walakin sayupnya kelip-kelip di hutan hijau.

 

Terima kasih fasilitator atas setiap peringatan.

 

Yang asas, yang sunat, yang harus dan yang dosa segalanya diperhalusi untuk aku insan pengembara yang entah bila bertemu ilahi.

 

Walakin aku lemah, aku kuat untuk menjadi seorang Mukmin Proffesional.



sentiment_satisfied Emoticon