Bahas #3

watch_later
comment 4 Comments
Assalamualaikumalaikum dan salam 1 Malaysia :)

Akhirnya berakhir sudah perjuangan kedua-dua perwakilan SAMURA,



Tahniah dengan masing-masing dua kemenangan yang sengit dan kekalahan yang 'hangit'








Tahniah kepada Umairah (1), Amir Khalis (2), Zana (1) dan Shin (1) berjaya mendapat pembahas terbaik.


Walau bagaimanapun kami terpaksa juga redha dan pulang untuk fokus SPM pula 


Thanx juga kepada brother sebab belanja KFC :)





Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, alumni dan semua yang menyokong kami :)

Dari diri saya mungkin inilah perbahasan yang terakhir kerana inilah tahun terakhir sebagai pelajar sekolah.
Alhamdulillah perbahasan terakhir saya ini dapat dinobatkan sebagai pembahas terbaik namun saya masih sedikit kecewa kerana tidak dapat membawa pasukan bahas bahasa melayu SAMURA 2013 ke peringkat suku akhir. Walau bagaimanapun, alhamdulillah juga kerana dapat bertemu dengan Sidi, Aimi dan Umairah sebagai satu kumpulan yang tak merungut apabila terpaksa mengambil 20 minit untuk ulang alik perjalanan ke bilik kuarantin dan tempat bersidang, cuma 30 minit untuk berbincang usul, tanpa membawa fakta berkotak-kotak seperti sekolah lain, diuji sikap pengadilan yang 'adil?', dan banyak lagi dugaan dan cabaran yang kami lalui ditambah lagi dengan kerja sekolah yang bermain-main difikiran :)

Semoga pasukan bahas SAMURA tahun hadapan dapat belajar dengan kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan. Kita mestilah bersikap optimis dalam apa jua keadaan yang berlaku. Ambil kata-kata hakim setiap perlawanan supaya dapat memperbaiki diri di samping tidak boleh terlalu mendabik dada apabila menang dan tidak boleh terus jatuh tersungkur apabila kalah. Setiap kata-kata guru itu perlu kita ikuti supaya mendapat keberkatan dalam setiap perlawanan. Tidak boleh terlalu awal menghukum kelebihan atau kelemahan setiap lawan. Usaha dan doa serta tawakal adalah penting untuk setiap kejayaan :)

Doakan SPM yang terbaik moga-moga 9A+ untuk kami semua pembahas Tingkatan 5 :)

Kalah bermaruah namun dipijak dan dilanggar -_-

Video tiba-tiba:

avatar
Anonymous

Waaa suke cara lu . Tahniah :D

delete 27 May 2013 at 02:37
avatar

Perghh sedih , Hahaha . Takpaa , bukan rezki kot :D

delete 3 March 2014 at 01:52
avatar
Amir Khalis person

benda dah berlalu huhu

delete 3 March 2014 at 01:55



sentiment_satisfied Emoticon