Malam itu, malam mereka.
Sepatutnya saya balik sahaja kerumah.
Hanya segelintir yang tinggal.
Sedang asyik menelaah Matematik Tambahan dengan tekanan setelah kegagalan pertama kali dalam hidup tiba-tiba ada satu lagi masalah yang berlaku.
Ya! Saya seakan tahu malam itu akan berlaku kerana hidup ini penuh dengan dejavu.
Saya hanya berselindung topeng kesenyuman menutup tekanan Matematik Tambahan.
Saya berseorangan bersama tujuh lagi orang di dalam sebuah bilik.
Salah seorang daripadanya yang selama ini berpura-pura baik mengajukan sesuatu supaya saya mengingat semula apa yang telah saya lakukan.
Tekanan semakin memuncak dan meminta untuk ke bilik air.
Jeritan dan pukulan terhadap dinding yang menjadi mangsa melapaskan tekanan.
Kembali ke bilik.
Seorang daripadanya sudah bersedia dengan kayu hoki bersama matanya yang bulat.
Kemudian datang pula beberapa orang lain seakan menegur.
Katanya takut orang di bawah dengar.
Kenapa takut untuk kebenaran?
Dasar pengecut!
Kemudian saya disuruh untuk melakukan pelbagai aksi mengarut.
Yang tiada kena mengena pun ambil kesempatan.
Scrambler sambil diletakkan 5 bantal dan cermin di atasnya.
Helicopter berpusing 10+10+15 kali.
Tembak babi.
Tiru gaya yang disuruhnya.
Jadi anjing!
Akhirnya, barulah mereka menceritakan masalah saya....
dengan bukti yang didapati daripada seorang yang 'baru masuk'...
Wujud bermuka-muka!
YA! 'FINE' SAYA BERMASALAH!
Tapi kenapa sebegitu rupa.
Kemudian disuruh lain kali catat setiap kali melakukan kesalahan.
Diaju pula adakah saya marah atau tidak?
Nak saya membalas semula atau tidak?
TIDAK KERANA SAYA HORMAT ANDA!
Ya itu jawapan terbaik untuk anda semua yang mahu dihormati.
Teh ais haram untuk dibeli secara senyap diberi.
Saya minum untuk berselindung.
Selepas itu saya dinasihatkan agar tidak
CAPUB!
NGANJING!
NGANJING!
PERLI!
MELEBIH-LEBIH!
MENIPU!
MENIPU!
BERLAGAK!
Terima dengan positif walaupun sebenarnya dia tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Ya! Dia, mereka bukan saya untuk tahu siapa saya!
Diminta pula untuk saya meminta maaf kepada mereka.
Maaf dipinta tanpa saling memaafi.
Sungguh keji.
Malam itu tertinggal pelajaran Matematik Tambahan dan ia memberikan kesan sehingga kini.
Tiada siapa tahu.
Dan mereka yang tidak tahu pula menambah tekanan.
Asyik mengugut untuk menyuruh saya meletakkan jawatan.
Dia lihat saya muram dan tak bermaya.
Bukan calon sesuai untuknya dan dipinta untuk menukar kepada orang lain.
Dia tidak tahu dan tiada siapa yang tahu.
Hanya segelintir yang tahu.
Itupun mereka yang pandai menutup mulut.
Sesuatu bermain di minda untuk menyuruh mereka semua cermin diri.
***
Kini mereka meminta maaf dalam keadaan yang memerli dan mencaring.
Terlambat namun tak menghambat.
Pandai pula berbicara hidupnya panjang dan boleh menjejaskan kehidupannya sehingga tua.
Namun, dia lupa dia masih 'MENGANJING'!
f(x)!
pintu pecah!
Adakah itu caranya.
Mereka yang tidak tahu menganggap muka kebencian saya di malam itu adalah tidak patut.
Tetapi mereka tidak tahu.
Yang tahu pula hanya melihat satu pihak.
Semuanya membenci saya.
Kerana malam itu, ibu bapa, guru, rakan dan kumpulan mereka yang tidak tahu apa-apa telah memberi tanggapan buruk acap kali saya melakukan sesuatu perkara.
Tiada lagi
KEYAKINAN
KEHEBATAN
KELANTANGAN
KEBEBASAN
KEAMANAN
bagaikan katak terperap dalam tempurung yang ditanam dalam kubur.
Paling menyedihkan tiada lagi
YANG PERCAYA KEPADA SAYA!
MATEMATIK TAMBAHAN MASIH GAGAL!
Sampai kini bukan sepenuh cerita dan tak sepenuhnya yang tahu.
Semuanya boleh berubah.
#Bumi itu bulat!#