Sajak Aku Bukan Sampah

watch_later
Mereka kata
aku bagai sampah
yang dibuang merata
yang dibuang kerana
baunya
isinya
dan warnanya

Terkadang di tepi jendela
terbisik sendiri dalam hati
itu dulu
ini sekarang
dulu dan sekarang berbeza
lain terasa
kerana hati terbuka
untuk berubah

Kenapa aku begini
bagai rumput dipijak tiada erti
namun akulah pengukuh tanah
biar mereka tak tertimbus tanah
biar mereka ada udara

Oh,tuhan
berilah aku petunjuk
pada aku dan mereka
biar kami tahu
kami manusia biasa
yang boleh berubah



sentiment_satisfied Emoticon