Assalamualaikum dan salam kesihatan :)
Terima kasih Odeng!
Pelajar-pelajar Samura sebenarnya balik pada hari Rabu sebab ada pertandingan bola jaring peringkat HKSBP. Jadi saya pun baliklah ke rumah dan sampai di stesen bas terus membeli tiket pulang semula ke asrama pada hari Ahad.
Pum pam pum pam, hari Khamis tengok berita 221 sekolah di Muar perlu ditutup sebab jerebu.
Ish...ish...ish
Dan kesiannya semua peserta yang datang ke Samura dari seluruh Malaysia terpaksa pulang ke rumah. Tapi paling kesian dengan guru-guru, pelajar dengan semua yang terlibat untuk menjayakan HKSBP. Pertandingan terpaksa ditangguhkan. Persoalannya bila?
Seterusnya, waktu saya nak balik semula ke sekolah pada hari Ahad. Pagi tersebut bacalah surat khabar. Bacaan kadar udara melebihi 700! Ayah dengan mak kata jangan balik. Tapi konflik sebab semua kawan suruh balik.
Dan untuk menjawab segala persoalan Ketua pelajar pun menjalankan tugasnya:
Tanda tanya masih meresapi di segenap minda pelajar yang masing-masing nak balik ke sekolah sebab kami sememangnya nak buat yang sehabis mungkin untuk SPM! Jeayhh :)
Dan akhirnya Brother keluarkan kenyataan:
Memang aneh kalau nak balik macam ni:
Memang mula-mula sayang nak burn tiket yang dibeli tapi kalau balik sana memang kena halau balik rumah.
Lagilah kena beli lagi satu tiket.
Lagi rugi!
Alhamdulillah dengar cakap mak ayah :)
Sekarang ini persoalan seterusnya jerebu nak surut dan bila perlu balik semula ke sekolah?
tv3 cakap tunggu samapai pulih kajian cakap pulih mungkin akhir bulan ayop cakap tunggu balik sampai akhir bulan :P— Amir Khalis (@amir_khalis) June 23, 2013
Kalau kita dipanggil maling, mereka -_-