Jangan Nak Merapu!

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)

----

Jangan Nak Merapu!


Deng jangan nak merapu
nasib hidup siapa yang tahu
elak diri haru biru
elak diri dari celaru
jangan pernah main rindu-rindu
main sayu-sayu main aku kamu
apa yang penting mencari ilmu
kehidupan sebenar akan ku lalu

Bila zaman remaja semua cerita fasal cinta 
hormon yang terhasil penggerak dan penjana
tapi hati-hati bila nafsu berkuasa
cinta jadi buta tak nampak apa-apa
ada yang serius dan bersahaja
ada yang merancang ada yang melaksana
tapi bukan semua perkara di tangan kita
kerana tuhan yang menentukan segalanya
sesetengah akan terima gembira
sesetengah akan terima duka
syukur kalau ditakdirkan untuk selamanya
tabah kalau ditakdirkan untuk sementara
ingat tanggungjawab kerna kita manusia biasa
belum tiba masa jangan cari duka lara
nantikan merana hidup akan sengsara
keputusan hari ini untuk dunia dan di sana
ku beringat pilih jalan selamat
ku perah keringat pilih jalan bermanfaat
bila diri, kewangan semua dah kuat
barulah zaman berseorangan ku kan tamat

ooo

Deng jangan nak merapu
hidup siapa yang tahu
elak diri haru biru
elak diri dari celaru
jangan pernah main rindu-rindu
jangan pernah main sayu main aku kamu
apa yang penting mencari ilmu 
kehidupan sebenar akan ku lalu

Banyak bekas dan hatiku dah luluh
tanpa belas aku mengeluh
terasa rimas mula berpeluh
tatkala lemas tersangkut sauh
semakin cemas asyik terjatuh
mungkin kerna culas mungkin kerna angkuh
jiwaku patah tiada anduh
hatiku resah jasadku lenguh
kerjaku rebah acuh tak acuh
bila tak endah semakin selingkuh
percayalah aku bukannya jaguh
kata falsafah perluku patuh
jangan dibantah nantikan runtuh
jangan dicanggah pecah tak utuh
bertambah masalah katanya sungguh
jika aku salah nasihat asuh
Ayop!

ooo

Memang aku banyak merapu
kadang-kadang aku jatuh
memang selalu aku mengeluh
segala cabaran akan ku tempuh

Deng jangan nak merapu
nasib hidup siapa yang tahu
elak diri haru biru
elak diri dari celaru
jangan pernah main rindu-rindu
main sayu-sayu main aku kamu
apa yang penting mencari ilmu
kehidupan sebenar akan ku lalu

Komposer : Odeng
Lirik : Amir Khalis

---

Ini adalah lagu yang dibuat secara tiba-tiba pada minggu SPM.
Berkisarkan kehidupan yang menuju tepat dalam hidup ini.



kehidupan sebenar akan ku lalu :)



sentiment_satisfied Emoticon