Piala Suzuki AFF 2012: Pertahankan Kejuaraan!

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 murid 1 sukan :)


Tahniah HARIMAU MALAYA!
Siapakah anda rasa pemain terbaik untuk perlawanan tersebut?
Sudah semestinya bagi saya Wan Zack Haikal sebab posisinya di bahagian sayap kanan selepas ditukarkan oleh sang saintis, K. Rajagopal sangat menjadi sehingga membuahkan beberapa percubaan yang berbahaya.


Antara sokongan orang Malaysia!


Selepas ini pasukan Malaysia akan bertemu dengan Thailand yang dianggap pasukan kegemaran tahun ini kerana mempunyai kemenangan berturut dalam saingan berkumpulan di samping persembahan mereka yang agak baik tahun ini (sumber akhbar).

Ya!
Bagi saya laluan kita untuk ke peringkat akhir sedikit susah namun kita mengharapkan percaturan jurulatih, kesungguhan para pemain dan sokongan rakyat Malaysia untuk memastikan kemenangan.

Dan!
Bagi saya juga peratusan untuk kita mempertahankan kejuaraan tahun ini juga agak sukar kerana kita sedia maklum dengan perangai pemain Singapura yang suka melengahkan masa jika mereka sudah mendahului serta kita juga sedia maklum dengan keadaan padang mereka yang menggunakan rumput tiruan agak menyukarkan pemain kita semasa beraksi.

Jadi!

#Tanah Tumpahnya Darahku#



sentiment_satisfied Emoticon