Lagu Bawah Tanah

watch_later
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Selalunya orang akan bertanya saya lagu apa ni? Pelik je!
Sebenarnya bukan 'pelik' cuma mereka kurang dengar lagu-lagu bawah tanah daripada pemuzik tanah air kita lebih-lebih lagi cetusan karya Loque dan sahabat-sahabatnya.

Butterfinggers

Monoloque

Gelombang Cinta - Butterfinggers

Ringgit dan syilling
fikiran runsing
kepala pening
masih boleh di runding

Kurangkan laju
perlahan lahan
sediakan payung
sebelum hujan

Gelombang cinta
bergelora
penawar bisa
merawat luka
perasaan duka
menjadi suka
muram durja
jadi gumbira

Bumi dipijak
langit dijunjung
mari berfikir
luar tempurung

Gelombang cinta
hilang kuasa
jika penyiar
tak menerima
tolong hubungkan
saya dengannya
walaupun jauh di mata
tetap dekat di hati

Mari semua kita turut serta
gelombang cinta pasti terpesona

Tak kira pangkat
ataupun darjat
limpah kurnia
gelombang cinta
gelombang cinta

Maharani - Butterfinggers

Mereka kata ku gila
Lagilah aku suka
Otakku geliga
Fikiran luar biasa

Mereka kata ku samseng
Tapi ku tak ambil pusing
Pedulikan semua
Fikir apa yang penting

Jangan percaya kata mereka
Sudah ku kenal pasti
Kau pujaan hati
Cinta sejati memang boleh dibeli
Tapi tak mungkin ditukar ganti
Akan ku taati Maharani

Mereka kata ku tipu
Tapi ku tak meniru
Mereka semua pemburu
Pemburu yang cemburu

Semua tuduhan
Fitnah belaka
Ada yang suka
Juga ada yang benci
Biar peluru menembus kulitku
Suatu yang pasti kekal abadi
Akan ku taati Maharani

Mereka kata kau sama
Tiada apa yang berbeza
Aku tau kau tak serupa
Tak silau lihat harta

Jangan percaya kata mereka
Sudah ku kenal pasti
Kau pujaan hati
Cinta sejati memang boleh dibeli
Tapi tak mungkin ditukar ganti
Akan ku taati Maharani

 Chinta - Monoloque

Kau hadir bila tiba waktunya
Tidak diundang tak jua dipinta
Walau ku lari namun kau tetap datang jua
Kerana mu cinta tak mampu menahannya

Aku terus mencuba
Untuk lari dari cinta
Kerana perit terasa sengsara tanpa kata
Kerana dusta

Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh cinta terasa bahagia

Hanya menunggu saat dan tika

Aku akan terus melangkah
Walau tanpamu oh cinta
Aku yakin akan adanya setia
Ceritera yangg tiada akhirnya

Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh cinta terasa bahagia

Hanya menunggu saat dan tika

Kerana cinta
Terasa bahagia

Cinta
Abadi cinta
Cinta padanya

Cinta satu cinta selamanya

Majulah muzik untuk negara!



sentiment_satisfied Emoticon